Wednesday 14 February 2018

Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri W.P. KL tahun 2018

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain


SALAMS Tuan dan Puan

Berikut adalah video sepanjang Kursus Guru Kadet Bomba KL 2018:-



1 VIDEOKENANGAN
Hari Pertama Kursus Guru K.BOMBA KL 2018

2 VIDEOKENANGAN
Hari Kedua Kursus Guru K.BOMBA KL 2018


3 VIDEOKENANGAN
Hari Ketiga - Penutup Kursus Guru K.BOMBA 2018

4 VIDEOKENANGAN
BBQ Santai bersama YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur, PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini

ikhlas drp PT Mady
https://www.youtube.com/videokenangan


Pelbagai perkara telah kita dapat pelajari melalui Kursus Asas dan Lanjutan untuk guru bagi tahun 2018 ini.

Setiap kali kursus tentunya ada proses yang terlibat. Untuk itu, PT nak share sikit segala proses yang telah berlangsung supaya nanti cgu2 yang pernah terlibat sebagai peserta ataupun sebagai sebahagian daripada tenaga kerja dapat melaksanakan lagi kursus sebegini di masa yang akan datang dengan mudah.


TAKWIM


Mula-mula sekali, kita mestilah melihat kepada TAKWIM SEPANJANG TAHUN 2018. Segala program mesti dijalankan menepati atau paling hampir dengan takwim yang telah dirancang ini. Untuk itu, sila lihat takwim di bawah.




Takwim ni mesti dibincangkan dalam mesyuarat akhir tahun atau PT mesti berbincang dengan PEGAWAI LATIHAN.

Dah siap takwim, Pegawai Latihan akan bawa usul ini ke dalam MESYUARAT AWAL TAHUN.

MESYUARAT AWAL TAHUN 2018


Saja nak cerita sikit pasal mesyuarat awal tahun. Pihak Bahagian Latihan akan keluarkan surat ni:
SURAT PUNCA KUASA kepada JPWPKL.



Lepas tu PT kau akan kelam kelibut memastikan surat macam ini sampai ke tangan cgu2 semua. Tahun ni advance sikit, PT pakai SMS. Cikgu ingat kan? Awal tahun tetiba lak dapat SMS daripada PT. Terkojut ekau kan? Lepas tu PT bawa perbincangan ke group WhatsApp. Berguna giler lah applikasi WhatsApp android dan ios nih. Fuh....

Tak lama lepas tu, sehari sebelum mesyuarat, dapat lah cgu2 surat panggilan mesyuarat nih bagi tahun 2018. Legaaaaaaa...



LANGKAH PERTAMA UNTUK KURSUS GURU


Hasil daripada mesyuarat awal tahun, surat punca kuasa daripada Bomba akan dihantar ke JPN. Ini contoh surat punca kuasa yang telah dihantar dari pihak bomba. Untuk tahun ini pihak Bahagian Latihan di BBP Hang Tuah telah menghantar pada tarikh 26 Januari bagi tujuan kursus bertarikh 7/8/9 Februari 2018.



Ini surat punca kuasa, dan pihak Bahagian Latihan juga telah menyediakan jadual tentatif program untuk cgu2 merancang masa sendiri.

Tentatif tu seperti berikut:

Dah selesai dapat tu, kita masuk lah group WhatsApp, masa ni PT ko sibuk laa dok menjual tempat.. ada yang PM, ada yang DM, ada yang mai jumpak kedai kopi... hahahah... kut mana pun, jangan kecil hati bila tak dapat hadir ke kursus ya. Tahun ini tak ada, kita harap tahun hadapan dapat diadakan lagi oleh pihak Bahagian Latihan yang sangat-sangat menyokong dan membantu kita cgu2 kadet bomba yang sangat aktif ni kan?

Dah selesai, maka kita pun menunggulah surat... kalau bukak history WhatsApp, jumlah perkataan yang paling banyak ialah surat, diikuti dengan perkataan bila, serta pengetua tak bagi keluar.. Hahahahah...

Cikgu, PT jelaskan kat sini, surat sapa sign? Pengarah JPWPKL. Nama sapa bagi? Pihak kita bagi kepada pihak Jabatan Bomba. Bajet siapa? Bajet bomba laa.. So, kita ni secara teknikalnya BOLEH keluar meninggalkan pejabat walaupun surat itu lambat sedikit kerana (a) kita tak hadir, kita kena jawab dengan Puan Pengarah JPWPKL kita sendiri. (b) Arahan bertugas datang daripada pucuk pimpinan paling atas.

Memang ditelan mati emak, diluah mati bapak, apa nak buat? Hubungi pihak JPWPKL unit koko sendiri untuk mendapatkan pengesahan. Hubungan baik kita dengan pihak pentadbir kita kena jaga. Ini penting, tapi apa yang kita dapat ni, kita akan salurkan dengan baik kepada pihak pentadbir, justeru ia akan menguntungkan pihak sekolah dan melonjakkan KPI Pengetua kita yang kita sayangi itu sendiri. Ini adalah situasi menang-menang atau win-win. Cerita baik2, pengetua, pk koko paham, diorang lagi lama dalam bidang pengurusan ko kurikulum, tanyalah cerita-cerita lama pentadbir kita sewaktu mereka mula-mula berkhidmat dahulu, tentu mereka sudi bercerita, bahawa mereka dah berkhemah kat sini, kat sana, dah buat itu, dah buat ini, dah puas berkawad kata orang. Cgu cakap kat pentadbir, bahawa cikgu akan teruskan legasi mereka.

Ini surat yang dikeluarkan oleh JPWPKL. Ini surat agung, surat kuasa, surat yang menentukan sesuatu acara boleh dijalankan, boleh kita meninggalkan kawasan pejabat atau tidak. Namun cikgu, kuasa mutlak terletak kepada tangan Ketua Jabatan, dalam kes kita, pengetua kita lah. Cerita elok2 dengan pengetua, dia faham punyalah. Otai tuh, kasi respek sikit, insya Allah otai2 nilah yang akan mengajar kita selok-belok menjadi pendidik yang berjaya suatu hari kelak.


DAH DAPAT SURAT.. Apa lagi. kita kursus lah.. The rest is history kata orang putih. Dah dapat surat, kita pun datang lah ke Seputeh untuk berkursus.. Jom dengar cerita lebih kurang laa... cerita di sebalik tabir.

KURSUS

Jem Seputeh... Masuk short-cut kat Taman Danau Desa, aman sikit rasanya.



Google Map link:
Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa
Taman Desa Busines Park, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-7984 8753

https://goo.gl/maps/Li4s3dVyiXG2

Waze link:
https://waze.com/ul/hw2839eygb


Kursus ni best. Tapi banyak juga peristiwa sebelum, semasa dan selepas yang mengelikan hati lah, yang seronok lah, yang saspen pun ada.

Sebelum hari pertama lagi, ada pertukaran cgu, ada yang boleh hadir, ada yang tak boleh hadir, tukar-tukar orang. Tapi tak ramai lah. Ada yang tak cukup tahun untuk join. Macam-macam.

Proses mendaftar sedang berlangsung.

PT pun dibantu oleh TPT Tengku dan juga PTD serta TPTD semua sibuk laa dok jual tempat kursus, pastu orang tanya BBP Seputeh ni lokasi kat mana, maka bergentayanganlah Waze dan Google Map location dalam WhatsApp sesama kita.

Dah mula kursus, tuan imam bagi taklimat. Semua tu cgu boleh lihat dalam VIDEOKENANGAN hari pertama.

Apa lagi ye, kita pecah-pecah group, pikul/jinjit/bimbit hos secara beramai-ramai. Memang best. Lepas tu petang kita kawad hos basah pulak. Sekali jurulatih suruh gerak ke depan dengan hos yang memancut tu, tak bergerak kita kan?... Cikgu Bulat kut masa tu yang suruh. Lepas tu jurulatih siap goyang-goyangkan hos air tu... berjajau kita kata orang Melaka. Terhuyung hayang. Itu baru tekanan direct dari paip. Belum dari jentera lagi. Hmmm.. nanti ada peluang jom kita mintak nak rasa tekanan dari jentera pulak kan?

Hari kedua kita kalut belajar kawad, masuk B.A.T.G, turun tali dan belajar kawad lagi. Sambil-sambil tu, sekretariat berbincang.

Cgu, kalau cgu tak masuk sekretariat, cgu tak perasan, program lancar aje berjalan kan?... Sebenarnya Bahagian Latihan dah rancang semua, dan kita cgu2 sekretariat cuba laksanakan juga bahagian kami.

Kami rancang untuk esok, sapa nak jadi M.C. sapa nak bagi ucapan, sapa nak pegang tray sijil. Kami bincang tentatif untuk majlis esok tu, hari penutup belah pagi, kemudian belah malam ada BBQ, jenuh mana nak cari ayamnya, sapa nak bakar...

Pada masa yang sama juga, hari kedua tu kita sibuk laa dok tempah barang-barang yang tak cukup di kedai. Ada yang pergi ke Outpost lah, Sg Besi lah, pinjam barang dengan tuan imam pun ada. Terima kasih kepada cgu2 senior yang sudi mendermakan pangkat satu bintang mereka kepada cgu junior. Yelah, awak dapat sepaku lagi kan.. nak gi tempah kedai, xde orang nak jahit tambah paku tu.

IKON GROUP WHATSAPP BERTUKAR SELARI DENGAN PERKEMBANGAN


Ikon Group WhatsApp kita bertukar lagi. Hehehe... tengok group WhatsApp, tekan gambar, tengok laa sapa kat sana tu :)

Ustaz Tarmizi dgn cgu Shahrizat, tetap menjadi pujaan hatiku.

Ni di tahun 2017. Sehari sebelum ditaulihahkan pangkat SATU PAKU.


NI TAHUN 2018. Dengan ceria mendaftar untuk Kursus Asas dan Lanjutan.


Menarik sungguh.. Ni gambar 2018. KEJAP LAGI NAK DAPAT 2 PAKU...

Terkini. Memang ikonik lah kawan2 kita.... Bakat pun besar tau.

BAKAT TERPENDAM







Cayalah cgu2 kita memang berbakat.

Ni antara promo-promo yang PT jalankan dan hebahkan menggunakan WhatsApp. Ni ajak cgu2 makan BBQ


ISI PERBINCANGAN SEKRETARIAT KITA


Di bawah ni benda yang kita sekretariat sempat bincang. Memang ada dalam WhatsApp cikgu tapi dah ke atas sangat dah.. nak scroll mesti dah hilang. PT sertakan untuk tatapan anda.

MESYUARAT SEKRETARIAT KADET BOMBA SIRI 2/2018
LOKASI: BBP SEPUTEH
MASA: 3:30 pm


Hadir:
1) PT
2) TPT
3) PTD Sentol
4) TPTD Sentol
5) PTD PUDU/BANGSAR A
6) PTD Keramat
7) TPTD Keramat
8) PTD PUDU/BANGSAR B
9) TPTD PUDU/BANGSAR B
10) Ahli Sekretariat Ustaz Tarmizi
11) Ahli Sekretariat Rubee


1. Penutup Kursus – Jumaat jam 11:30 pagi anggaran
a. Juruacara : Nina
b. Bacaan doa : ustaz tarmizi


c. Logistik (dulang) : Rubee  - dalam dulang ada pangkat asas dan lanjutan. Pangkat lanjutan (selit kertas yg bertulis nama). Pangkat kursus lanjutan yg satu paku perlu diserah 7 :
i. Shah /
ii. Tengku /
iii. Irmawati
iv. Adha /
v. Linda /
vi. Hafiz /
vii. Ustaz
viii. Rubee /
ix. Azila /
d. Backdrop : suzen
e. Persiapan tempat  : budak asas (AMIRUL)
f. Fotografi : Tengku Abas
g. Cenderamata : Irma Nuriati


h. Tentatif :
1125 – berkumpul dalam dewan
1130 – ketibaan tuan imam – PPL
1135 – Nyanyian Negaraku / Lagu Kadet Bomba
- bacaan doa
1145 – ucapan wakil peserta kursus asas (saiful setapak indah) – mohon peruntukan bekalan kain bush jacket/ lanjutan (shah)
1150 – ucapan tuan imam – PPL
1200 – penganugerahan pangkat
1230 – penyampaian cenderahati oleh PT kepada PPL diiringi PPT
1235 – sesi fotografi
1240 – jamuan dan bersurai 


2. Pangkat lanjutan (pinjam drp tuan imam):
a. Rubee
b. Irmawati
c. Linda
d. Fidah
e. Adha
f. Azila
g. Nazori
h. Shahrizat


3. BBQ Santai bersama Pengarah
a. Tema malam dinner :
i. korporat / tshirt kolar utk lelaki (GELAP / HITAM/ MERAH PEKAT / BIRU GELAP)
ii. baju kebangsaan utk wanita (MERAH / TUDUNG HITAM)
b. AJK
i. Tempat : bomba
ii. Makanan : maklang
1. Team bbq : azman KV – peserta wanita asas
iii. Dulang : (sijil ) Rubee /
iv. Juruacara : abbas
v. PA Sistem : Munirah


c. Tentatif :
8:00 – ketibaan peserta
8:30 – ketibaan YS Pengarah
8:35 – nyanyian negaraku / kadet bomba
8:40 – bacaan doa
8:45 – ucapan PT
8:50 – ucapan YS
9:00 – penyerahan sijil / fire extinguisher / cenderamata dari peserta
9:30 – sesi fotografi
9:40 – jamuan
10:30 – bersurai 


d. senarai nama daripada tuan imam
4. dana kutipan : RM700 sepatutnya dari peserta + RM 125 dari pasangan (duit sekarang RM585)


5. pemilihan kawad kecekapan peringkat zon :
a. surat kpd ketua balai utk tempahan tempat dan anggota pada tarikh 21 / 22 feb
i. sentul : dalam proses – tiada peruntukan – isnin baru boleh sahkan tempahan tempat dan anggota
ii. keramat : telah dimaklum kpd jurulatih – perlu sahkan dgn sektriat – dan dipjg kpd balai
iii. pudu/bangsar : mesyuarat telah dijalankan – tarikh 22 feb 


b. cadangan PT : zon keramat n sentul – sediakan surat kpd ketua balai – boleh tandatangan sendiri – mohon tempat dan anggota pada 21 feb – mohon balai edar surat makluman kepada sekolah – sekolah di bawah jagaan balai
c. promosi kepada sekolah – sekolah melalui aplikasi what’sapp – tiada julat umur penyertaan
d. bila PTZon dah dapat surat, hendaklah panjangkan kepada PPW masing – masing.
e. Diingatkan kepada sekolah2 untuk menguruskan keperluan dan kebajikan kadet masing – masing – pengaangkutan /makanan / minuman
f. Sijil penyertaan zon akan diberikan kepada perserta.
g. Hari pertandingan : dicadangkan tempat kemenangan utk acara kawad (12 tempat – johan/naib/ketiga – kategori lelaki/perempuan


6. Kawad Pemilihan Negeri
a. PTD & Timbalan:- maklumkan kepada guru-guru kadet di bawah zon masing-masing, bahawa para pelajar yang terlibat dengan pemilihan peringkat zon akan terpilih untuk ke peringkat kebangsaan. Pada minggu berikutnya.
b. Tambahan, para pelajar ini akan diberikan sijil peringkat Negeri.
c. Tanggungjawab menghantar adalah di bawah guru-guru sendiri.
d. Makan dibawah bahagian latihan (tn. Imam)


7. WATIKAH PERLANTIKAN:
a. PT, TPT, PTD, TPTD. SETIAUSAHA NEGERI, BENDAHARI NEGERI, AJK SEKRETARIAT


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:57pm
Disediakan oleh,
---------------
(Irma Nuriati binti Musliman
Disemak oleh,

-----------------
(Ismady bin Ismail)


TAHUN DEPAN KITA NAK BERKURSUS LAGI TAK KAWAN2?

PENUTUP KURSUS



JAM 11:30 PAGI 9 Februari 2018. Terima kasih kepada VVIP kita,

(1) Penolong Pengarah,  Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba Satu, Ruhisha bin Haris

(2) Penolong Pengarah,  Bahagian Latihan,  Penguasa Bomba Kanan Dua, Mohd Azizi bin Kamarudin

(3) Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, PKPGB Japari bin tajuddin


Ini skrip emcee kita yang amat berkaliber, cikgu Nina dari (P) Pudu:

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP KURSUS & PENTAULIAHAN GURU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
2018


ATURCARA

SKRIP PENGACARA

CATATAN

Kadet berdiri dalam barisan.

Ketibaan tetamu kehormat, pegawai-pegawai latihan, & guru – guru kadet.

Mengumumkan ketibaan tetamu – tetamu kehormat pada pagi ini untuk masuk ke dewan.
Para hadirin diminta terus berdiri untuk bersama – sama menyanyikan lagu Negaraku serta lagu Kadet Bomba.

~nyanyian lagu Negaraku dan Lagu kadet Bomba

Para hadirin dipersilakan mengambil tempat.

Pengacara memaklum-kan kepada semua tetamu agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula

Alu-aluan Pengacara Majlis.



































Bacaan doa















Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,
Penolong Pengarah,
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat,
Penguasa Kanan Bomba Satu,
Tuan Ruhisha Bin Haris

Yang Berbahagia,
Penolong Pengarah,
Bahagian Latihan,
Penguasa Bomba Kanan Dua,
Tuan Mohd Azizi Bin Kamarudin

Yang Berusaha,
PKPGB Tuan Imam Bukhari Bin Susami
Penolong Kanan Pegawai Bomba,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Yang Dihormati,

Pegawai – pegawai latihan, serta guru-guru penasihat kadet, yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul pada pagi ini dalam melaksanakan Majlis Penutup Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba 2018 serta Pentauliahan Guru Kadet Bomba 2018.

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu, majlis ingin menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd Tarmizi Bin Abdullah bagi memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

~ bacaan doa ~

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada  Ustaz Mohd Tarmizi Bin Abdullah di atas bacaan doa sebentar tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati.



Ucapan Wakil Peserta Kursus Asas















Ucapan Watikah Perlantikan
Para hadirin sekalian,

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Saiful Rosmizar Bin Mat Saad untuk menyampaikan ucapan mewakili peserta Kursus Asas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

~ucapan wakil kursus asas~


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Saiful Rosmizar di atas ucapan beliau itu tadi.
                            
~PAUSE~
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan   Yang Berusaha, PKPGB Tuan Imam Bukhari Bin Susami, Penolong Kanan Pegawai Bomba serta Penolong Pegawai Latihan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.

~ucapan Tuan Imam~
  
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan.


Tuan Saiful Rosmizar


















Tuan Imam

Majlis Penganugerahan & pentauliahan Pangkat

Majlis diteruskan lagi dengan pemakaian tanda pangkat serta pentauliahan kepada guru – guru kadet Bomba dan Penyelamat yang telah menjalani Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba 2018.

Bagi menyempurnakan acara penganugerahan serta pentauliahan tanda pangkat kepada guru-guru kadet Bomba dan Penyelamat,
majlis dengan segala hormatnya, menjemput Yang Berbahagia, Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba Satu, Tuan Ruhisha Bin Haris , dengan diiringi oleh Yang Berbahagia, Penolong Pengarah, Bahagian Latihan Penguasa Bomba Kanan Dua, Tuan Mohd Azizi Bin Kamarudin untuk menyampaikannya.

Majlis mempersilakan

~penyampai anugerah & pengiring bergerak ke hadapan ~

Majlis dimulakan dengan mempersilakan _____________________

(mengikut senarai nama)

-
-
-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Ruhisha Bin Haris atas kesudian beliau menyempurnakan upacara  pemakaian tanda pangkat dan pentauliahan kepada guru-guru Kadet Bomba dan Penyelamat sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Pegawai Teknik, Tuan Ismady Bin Ismail untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia, Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat,  Penguasa Kanan Bomba Satu,
Tuan Ruhisha Bin Haris dengan diiringi _______________________

Majlis mempersilakan.

~sampaikan cenderahati~

Terima kasih diucapkan.

*nota PT: Kita bagi cenderahati melalui Wakil JPWPKL pada malam BBQ.


Sesi fotografi dan penutup





Jatuh ditimpa buah berangan,
Bunga dedap di pohon selasih;
Sudilah tuan mengukir kenangan,
Tatapan bersama pengikat kasih.

Sebelum majlis melabuhkan tirai, sudilah kiranya kita bersama – sama ke bahagian luar dewan bagi sesi bergambar sebagai tanda kenang – kenangan.
Justeru itu, tamatlah sudah majlis pada hari ini. Selepas sesi bergambar tetamu dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan.
Sekian sahaja daripada saya
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum  Warah matulla hi Wabarakatuh




WOW, dahsyat betul skrip MC ni yea.


MALAM BBQ


Seterusnya malam tu kita BBQ dan kita berbesar hati kerana VVIP ini pula telah hadir:
(1) YS Pengarah, JBPM Kuala Lumpur, Penolong kanan Pesuruhjaya Bomba Khirudin Bin Drahman@Hussaini

(2) Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba satu Ruhisha Bin Haris
(3) Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Penguasa Kanan Bomba satu Ashari Bin Johari
(4) Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Penguasa Kanan Bomba satu Nor Mahathir Bin Mohamad
(5) Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Penguasa Kanan Bomba dua Mohd Azizi Bin Kamarudin
(6) Penolong Pengarah, Bahagian Kejuruteraan Jentera, Encik Abdul Rauf Bin Abdul Kadir

dan wakil dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, VVIP kita, En. Fadzil bin Abdul Rahman

En. Fadzil bin Abdul Rahman menyampaikan plak kepada YS Pengarah, Tuan Khirudin bin Drahman @Hussaini 
En. Fadzil bin Abdul Rahman menyampaikan plak kepada PPL, Tuan Azizi bin Kamarudin

GAMBAR PALING WIN 2018

Jawapan paling win untuk soalan bagi cikgu Kursus Lanjutan. Apakah arahan yang diberikan untuk menutup air dan mengemas peralatan?

TERIMA KASIH DAUN KELADI,

Terima kasih tidak terhingga kepada PKPgB Imam Bukhari Bin Susami, Pegawai Latihan BBP Kuala Lumpur.

Pasangan petani,memetik lada
Lalu dibersih jari jemari
Kami di sini serba tiada
Terima kasih bantuan diberi,

Ke pekan Juaseh Puteri Rekan
Santun berbudi kasih bersemi
terima kasih kami ucapkan
kerana sudi menolong kami,

Dari Juaseh tuju ke pekan,
 Jalan sehala laluan titi
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti
.
Naik pedati pergi bertapa
Meredah pepohon jalan beriringan
Jasa dan bakti tidak dilupa
Seribu tahun jadi kenangan
,
Petik keladi di ujung desa
bergerak goyah terasa payah
Orang berbudi kita berbahasa
Rahmat hidayah melimpah ruah.

Bukit Piatu kembang melati
Tepian huma menahan joran
Tuan membantu seikhlas hati
Kami terima penuh kesyukuran

Bawa pedati ke Kota Lama
Suasananya bersih cantik berseri
Budi dan bakti kami terima
Terima kasih ucapan diberi

Bersama kawan  sapa menyapa
Berpegang tangan  tepian halaman
Budimu tuan kami tak lupa
Jadi kenangan zaman berzaman

Kereta selisih di Kuala Kedah
Jalan sehala  hujung jeti
Terima kasih ucapan terindah
Atas segala jasa dan bakti

Puteri Kadazan  berkain Kelingkan
Senyum sekilas  menyambut tamu
Sekalung penghargaan kami titipkan
Tidak terbalas jasa baktimu

Ke Pangkalan Pegoh gadis rupawan
Petik keladi  pinggiran jerami
Mulia sungguh hatimu tuan
Kerana sudi membantu kami

Pinggiran berangan pinang berjajar
Pokok  palas tepian hutan
Segala bimbingan tunjuk dan ajar
Tidak terbalas segunung intan

Pekan Meranti riuhnya sakan
Kumpul setempat hati tertanya
Jasa dan bakti tuan curahkan
Semoga mendapat limpah rahmat-Nya

Pak Mamat mengayuh pedati
Kayuh pedati ke ujung desa
Limpah rahmat rabbulizzati
Tuan berbakti  menabur jasa

Tampak bersih selepas mandi
Ke Pasir Pekan jadi dambaan
Terima kasih sekalung budi
Kami ucapkan tanda penghargaan

Cantik menawan bingkisan Cik Siti
Seni origami  seindah  hiasan
Sememangnya tuan baik hati
Membantu kami tak minta balasan

Pepohon kelapa seri negeri
Tampak jelas pucuk di awan
Tak tahu apa yang patut diberi
Untuk membalas jasamu tuan

Andai dijagai hati nan rawan
Anak desa kasih bersemi
Kami hargai sumbanganmu Tuan
Dirimu sentiasa di hati kami

Petik keladi di tasik Cini
Keladi dibersih dibawa ke Pekan
Tuan sudi hadir ke sini
Terima kasih kami ucapkan

Denai berjalur bunga Melati
Rimbun  selasih  hijau sepekan
Salam dihulur seikhlas hati
Terima kasih kami ucapkan

Lena Pak Pandir  di atas jerami
Sekitarnya bersih udara nyaman
Tuan hadir ke sekolah kami
Terima kasih  seiring senyuman

Pergi ke pekan bersama Cik Siti
Cenderawasih  pusat perniagaan
Tuan curahkan jasa dan bakti
Terima kasih tanda penghargaan

Tanaman dibajai dua sekawan
Diasing disisih menyinsing  lengan
Kami hargai jasamu   Tuan
Terima kasih memugar  kenangan

Bertingkah santun puteri rupawan
Seri negeri   wirdaningsih
Kukarang pantun untukmu Tuan
Tanda diri berterima kasih

Putera Juasih bertingkah sopan
Santun jauhari  pabila berperi
Terima kasih seindah ucapan
Jadi memori meniti hari 

Rimbun cendawan disiram dijagai
Tepian dusun  tumbuh selasih
Sumbangan Tuan kami hargai
Kata disusun terima kasih

Pergi ke kota si anak desa
Jalan  berselisih bersama rakan 
Tiada kata secantik bahasa
Terima kasih kami ucapkan

Mengejar kejora  di  tengah hari
Terbang rendah  cenderawasih
Tiada bertara penghargaan diberi
Yang terindah terima kasih

 Sudah ditakdir kita bertemu
 Ternyata ikhlas  isi negeri
Kami yang hadir hargai dirimu
Tidak terbalas jasa nan diberi

Paku rawan tepian titi
Pucuk kemangi  dimakan nak desa
Kehadiranmu Tuan lama dinanti
Kami sanjungi  bakti dan jasa

Cahaya purnama  di Kota Lama
Sinar berseri   gah menerangi
Tuan umpama kerlipan purnama
Jasa diberi  kami sanjungi

Anak desa  ke  Kuala Kedah
Memukat ikan  airnya bersih
Budi dan jasa nostalgia terindah
Kami ucapkan terima kasih
Terima kasih TUAN!!!

Nukilan:
PT Mady
14/2/2018
9:45pm
KV Setapak.

Marketttttt


No comments:

Post a Comment