Sunday 18 February 2018

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN OPERASI PERINGKAT ZON NEGERI KADET BOMBA DAN PENYELAMAT DAN PEMILIHAN PERINGKAT WPKL 2018

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN OPERASI PERINGKAT NEGERI TELAH BERMULA PADA 27 (SELASA: KADET WANITA) DAN 28 (RABU: KADET LELAKI)

LOKASI: BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANDAR TUN RAZAK
MASA: 8:00 AM SEHINGGA TAMAT.


PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAN OPERASI PERINGKAT ZON TELAH SELESAI.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK TERLIBAT IAITU PARA PEGAWAI BOMBA, PARA JURULATIH BOMBA, ANGGOTA2 BOMBA, TIMBALAN PT, PT DAERAH, TIMBALAN PT DAERAH, AHLI SEKRETARIAT KADET BOMBA KL, PARA GURU KADET BOMBA KL, PARA PENTADBIR DAN SETERUSNYA PARA PELAJAR KADET BOMBA KL SEKALIAN. JASAMU DIKENANG.



LATIHAN SEBELUM BERMULA PERTANDINGAN:




Syabas kepada sekolah-sekolah yang giat membuat latihan.


GAMBAR LATIHAN LAGI:




GOOD LUCK SEMUA!



GOOD LUCK!!!


DI BALIK TABIR

Surat yang disertakan merangkumi kedua-dua peringkat pertandingan Zon dan Negeri.

Terima kasih.

(PT)


Klik link ini untuk download surat tersebut: https://goo.gl/hHJ5GC


Surat ni membolehkan cgu keluar dan ke balai pada hari berkenaan.



Tentative Program

Surat Punca Kuasa drp Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

Copy yang clear.




Sekolah-sekolah terlibat. u/p: SMK Bukit Jalil juga terlibat. (u/p: Pentadbir SMK Bukit Jalil)

Jawatankuasa Program:

Pengerusi pengelola:
En. Ruslan bin Zainudin
(Pengarah Kolej Vokasional Setapak)

Naib Pengerusi:
Puan Hjh Nor A'idah binti Johari
(Timbalan Pengarah Akademi)

Penyelaras Program:
En. Ismady bin Ismail
(Pegawai Teknikal Negeri)
(Ketua Guru Kadet Bomba KV Setapak)

Setiausaha:
Pn. Rafidah binti Md Salleh
(Pegawai Teknikal Zon Sentol)
(Ketua Guru Kadet Bomba SMK Batu Muda)

Bendahari:
Tengku Mohd Abas bin Tengku Yunus
(Timbalan Pegawai Teknikal Negeri)
(Guru Kadet Bomba SMK Segambut Jaya)

Penolong Bendahari:
Norhaslinda bt Husain
(Timbalan Pegawai Teknikal Zon Sentol)
(Ketua Guru Kadet Bomba SMK Segambut Jaya)

Makanan:
Irmawati binti Sadin
(Timbalan Pegawai Teknikal Zon Keramat)
(Guru Kadet Bomba SMK Padang Tembak)

Pendaftaran:
Noraziera Binti Aziz
(Bendahari Teknikal Negeri)
(Guru Kadet Bomba SMK Tmn Melati)

Aturcara Program:
Saiful Adha Ahmad Shukri
(Pegawai Teknikal Zon Keramat)
(Guru Kadet Bomba SMK (P) Air Panas)

Peralatan/Logistik:
Mohd Hafiz bin Mahat
(Pegawai Teknikal Zon Pudu/Bangsar B)
(Guru Kadet Bomba Sains Alam Shah)

Kebersihan, Keselamatan & Kecemasan:
Wan Muhammad Nurhariz Hariri bin Wan Mohd Effendi
(Setiausaha Sekretariat Negeri)
(Guru Kadet Bomba SMK Bangsar (INTEG))

Sijil, Hadiah & Cenderamata:
Siti Munirah Abd Wahab
(Timbalan Pegawai Teknikal Zon Pudu/Bangsar B)
(Guru Kadet Bomba SMK Sri Permaisuri)

Dokumentasi:
Erny Mardia bt Mohd Noor
(Timbalan Pengerusi Teknikal Zon Pudu/Bangsar B)
(Guru Kadet Bomba Bandar Baru Sentol)

Penghakiman:
Shahrir Azmil bin Hashim
(Pegawai Teknikal Zon Pudu/Bangsar B)
(Guru Kadet Bomba SMK TTDI)

Senarai AJK ini menunjukkan cgu adalah anggota sekretariat. Insya Allah, jumpa dengan Pengetua dan mohon kebenaran untuk melaksanakan tugas dengan baik.

SARANAN FORMAT PERTANDINGAN:

TQ Cikgu Bulat.


Antara perkara penting:

1.penyertaan tidak dihadkan tetapi sekolah digalakkan untuk menghantar yang betul2 berkelayakan dan bukannya zero. Maksudnya guru perlu menjemput jurulatih sekolah masing2 utk melatih pelajar. Tidak semesti berlatih pada waktu koko shja,cikgu boleh berbincang dengan jurulatih utk datang pada hari yang lain utk tujuan latihan ke pertandingan ini.jika cikgu hantar peserta yg zero,ia mengambil masa hakim pertandingan utk mengajar pelajar dahulu sebelum memulakan pertandingan
2.nama2 pelajar yang terpilih akan diumumkan kemudian utk dibawa ke pemilihan peringkat negeri
3.had umur mengikut perbincangan ahli sekretariat adalah tidak ditetapkan.namun adalah digalakkan sekolah2 menghantar peserta dari TING4&5..Jika cikgu hantar pelajar selain dari ting 4&5 tiada masalah tetapi pelajar ini tidak akan dipilih ke pemilihan peringkat negeri walau sebagus mana sekalipun pelajar tersebut
4.utk panduan jurulatih,cikgu2 boleh minta jurulatih mengajar pelajar berkenaan hos,cara bentang hos,cara bawa hos,kawad kaki asas dan peralatan kebombaan. Syarat2 pertandingan yang lengkap akan dikeluarkan oleh pihak balai dalam masa yang terdekat ini.
5.pertandingan adalah secara individu. Kawad kaki tidak akan dipertandingkan tetapi akan diuji untuk markah pemilihan ke peringkat negeri
6.makan,minum dan pengangkutan pelajar adalah di bawah tanggungan pihak sekolah.
7.sijil akan diberikan kpd semua peserta dan juga medal kepada pemenang

Wednesday 14 February 2018

Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri W.P. KL tahun 2018

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain


SALAMS Tuan dan Puan

Berikut adalah video sepanjang Kursus Guru Kadet Bomba KL 2018:-



1 VIDEOKENANGAN
Hari Pertama Kursus Guru K.BOMBA KL 2018

2 VIDEOKENANGAN
Hari Kedua Kursus Guru K.BOMBA KL 2018


3 VIDEOKENANGAN
Hari Ketiga - Penutup Kursus Guru K.BOMBA 2018

4 VIDEOKENANGAN
BBQ Santai bersama YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur, PKPjB Khirudin bin Drahman@Hussaini

ikhlas drp PT Mady
https://www.youtube.com/videokenangan


Friday 26 January 2018

Isi Borang Pendaftaran dengan kaedah MAIL MERGE

Cikgu, tolong jawab soalan kajiselidik, cikgu dah register atau belum.




TOLONG LAWATI LINK DI ATAS. T.Kasih.
(PT)

Mlm ni PT nak cerita cara paling simple nak isi borang pendaftaran Kadet Bomba sekolah cgu.

Kalau ada 30 anak murid, xde hal. Kalau ada 300, jenuh nak suruh diorang isi dan jenuh la pulak nak tunggu dapat balik borang tu.

Sekarang ni PT kasi satu jalan simple, mudah. Bukak PC/LAPTOP, suruh budak² isi beberapa data, lepastu cikgu boleh print borang² ni dengan mudah:

WARNING: Cikgu kalau tak ada asas nak faham MAIL MERGE, gi bukak buku dulu study. Cari dekat google dan youtube camana nak buat mail merge, understanding mail merge dan sebagainya.

Konsep mail merge ni mudah. 1 word document + 1 excel document. Print surat beratus-ratus tanpa perlu taip banyak².

Ok, warning dah abis. Borang yang kita boleh print dengan mail merge ni ada banyak. Nanti PT confirm dengan en. Wan yang mana satu wajib print:

Ni borang dia:
(1) BORANG KEBENARAN IBU BAPA
(2) BORANG PERAKUAN KESIHATAN
(3) Lampiran 3_Borang Pendaftaran Tahunan KBPM
(4) Lampiran 5_Borang Maklumat Peribadi KBPM
(5) Lampiran 6_Borang Pelepasan Tanggungjawab JBPM
(6) Lampiran D_Borang Permohonan Penubuhan KBPM

Borang ada 6. Tapi data yang cgu perlu godek² ada dalam satu fail aje iaitu fail nama dia:
DATA UNTUK MAILMERGE

Jom mula.
Download sini:
Https://goo.gl/dP6QZe

Unzip dekat desktop

Ada fail nama BacaSaya. Baca lah. Dalam tu tulis camni:

1) Cikgu dah download, unzip ke desktop.
2) JANGAN TUKAR APA-APA NAMA FAIL. Nanti rosak.
3) Cikgu buka DATA UNTUK MAILMERGE.xls - isi laa data tersebut
4) Cikgu klik semua borang² tu dia keluar msg ni:
Opening this document will run the following SQL command:
SELECT *FROM `DATA$`
Data from your database will be placed in the document. Do you want to continue?
[Show Help >>]
Yes No

Klik Yes.

Kalau x reti,
(1) tanya guru ICT
(2) tanya PT. TQ.

Cikgu nak print kena pilih menu:
MAILINGS kat atas Microsoft Word cikgu tu
Lepastu belah kanan sekali,
Finish And Merge
Print Documents
From budak nombor 1 To budak terakhir dalam Kadet Bomba Sekolah Cgu
Kalau tak buat camni, habis laa membazir kertas sampai berapa keping pun xpasti.
Kalau dah tersalah, off printer, off komputer. Setel. TQ.

Dah abis baca fail BacaSaya tu kan?

Ni PT kasi contoh benda² yang cgu boleh nampak laa waktu membuat projek ni:


Perhatikan kat Bawah-Kiri.. Situ ada dua DATA dan Sekolah. Edit semua. Save.


Kalau cgu dah ready, bukak fail nama BORANG KEBENARAN IBU BAPA. Cgu nampak menatang kat atas ni.. Klik Yes. Kalau cgu ada tukar plak nama fail ke nama folder ke.. Buat balik semula step daripada unzip tadi.

(unzip kali ke-2) unzip laa tempat lain. Karang fail DATA UNTUK MAILMERGE.xls tu dah siap taip semua, kena replace, nangis cari tisu sendiri.


Ni contoh fail Borang Kebenaran. Cgu nampak anak panah? Klik aaa..


Preview dan tengok dokumen seterusnya, guna dua butang ni... contoh asal kalau preview ye:


Bulatan oren tu laa data yang amik dari DATA UNTUK MAILMERGE.xls tuhhhh

JOM PRINT


Cgu kira aa berapa budak ada, print camni.. jgn print all yea... dah tu je lah PT nak cerita.

Sapa nak, amik, sapa nak belajar, amik dan tanya cgu ICT, sapa xnak, rezo lah borang bebanyak, kasi budak dan tungguuuuuuu...

Ingat ye cgu. Tarikh tutup pendaftaran adalah 15 February 2018.

Sama² kita mendaftar.

UNTUK PERHATIAN PT DAERAH, TIMBALAN PT DAERAH CHERAS, PUDU/BANGSAR A, PUDU/BANGSAR B, SENTOL, KERAMAT. Kasi link https://bombakl.blogspot.com untuk cgu² bawah jagaan anda cuba/try/test cara mailmerge untuk mendaftar. Kalau xreti, suruh diorang register guna borang yang en. Fadzil dah beri haritu.

Borang hilang?

Kejap, PT kasi gambar kat bawah ni... haishhh...

Nama surat:
PEMBAHARUANPENDAFTARAN PERTUBUHAN PASUKAN KADET  KADET BOMBA SEKOLAH  WPKL 2018








NI BORANG NAK KENA ISI YANG DISERTAKAN DALAM SURAT DARIPADA JPWPKL BERTARIKH 16 JANUARI 2018

NI BORANG KE DUA

NI BORANG KE 3

NI BORANG NGELAS.. TERAKHIR... KE-4

Cerita dia, semua borang ni dalam bentuk pdf. Boleh aje cgu nak rezo, fotostat banyak²..

Tapi PT dah bikin satu set borang yang bila print, memang cun.. well, memang laa nak kena print.... toner dah mudah dah sekarang.. toner panitia ada, toner pk koko ada, toner pcg ada... toner suwa ada... toner kat asrama ada... toner sendiri laa last sekali.

Cgu², moga kita dapat usahakan pendaftaran ni dengan segera ya.

PT Daerah, Timbalan PT Daerah... kalau ada masalah, boleh bertanya dengan PT atau Timbalan PT Negeri kita ya... Go KLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!

Nah belanja gambar group whatsapp logo.


Wednesday 17 January 2018

Kenapa Mesti Daftar Kadet Bomba Kita?



https://drive.google.com/file/d/1_pU3MpH7UZV8jDwIx7p7fF3bt4hQmoGd/view?usp=sharing

Ni versi formal...


Kalau nak senang faham, tengok sebab-musabab dekat bawah ni pulak:



https://drive.google.com/file/d/1XzBh1EUa6Yaeaj2LqFSqyoBuKNvTNo_T/view?usp=sharing


Cikgu klik link tu, nampak lebih besar dan jelas kerana ia adalah fail pdf yang PT simpan di google drive.


Nanti PT share pula PENDAFTARAN MAIL-MERGE. Senang keje cgu.

Uniform Rasmi Untuk GURU KADET BOMBA


Walaupun muka tua, tapi ini untuk budak. Bila pakai half, pakai seluar dgn t-shirt. Kadet Bomba KL tiada celoreng lagi dah ya.. - PT

Ada sekolah dah mula pakai uniform ni, kadet jpj pun guna baju yg sama - Cgu Tengku Abas

====
Cerita tempah baju:
=====
Nama Kedai: Monshi Masyhur Sdn Bhd
Nama Towkay: Khokon
Tel: 016-532 2600
Baju: Baju wesmolen. Baju biru pattern mcm baju celoreng dlm gambar. Ada jahit span dekat siku, lutut. Punggung tambah kain tebal sikit.
Petua nak pegi kedai: Pegi balai polis sg. Besi
Kalau berdiri mengadap balai, tengok belah kanan
Kalau dari dalam balai, tengok la sebelah kiri
Jalan kaki, tengok ada nampak dah kedai baju. Cgu nak pergi yang kedainya bersebelahan dengan kedai runcit
Harga: Kain biru yg kasar sikit, kain dia, masuk upah RM150
Boleh kurang tak?: member pt kata tadi awat tak call dia? Patut boleh dpt RM130
PT dah keluar kedai, segan nak mintak kurang dah
Sabtu ni cgu Tengku pi tengok, moga dia dpt RM130 diskaun



BISNES KAD



SIGNBOARD KEDAI



PT BERSAMA TUKANG UKUR



Ini sebelah dia adalah kedai runcit dgn signboard METRO



Ini kedai sebelumnya... Ada 3 pintu.. Tengah² MYCO.
Sebelum kedai tu yang tiga tu.. Balai polis sg. Besi ya



Dah abis shopping, makan me kolok sarawak dekat parking bertingkat.. Bahagian bawah. En. Azhar cerita tadi dlm meeting. PT makan seolah² rasa berada di tepi sungai sarawak. Marvellous!

Versi lengan pendek ada tak ye ye cg ismady - Cgu Tg Sulaiman
X blh lengan pendek rs nye - Cgu Munirah
Kono lipat nak jd pendek - Cgu Tengku
klu dlm polis yg pendek tu samada driver @ mekanik je - Cgu Tengku
Sobonar eh... wesmolen cikgu kadet polis xleh pakai - salah tu - Cgu Tengku



[7:56 PM, 1/17/2018] I. Tengku: bush jacket pun xleh sbb menyerupai pegawai polis betul
[7:57 PM, 1/17/2018] I. Tengku: yg boleh ialah uniform tuck in tu shj - sama mcm murid. Tp byk negeri x ikut buku biru



From PT Samad