Friday 26 January 2018

Isi Borang Pendaftaran dengan kaedah MAIL MERGE

Cikgu, tolong jawab soalan kajiselidik, cikgu dah register atau belum.




TOLONG LAWATI LINK DI ATAS. T.Kasih.
(PT)

Mlm ni PT nak cerita cara paling simple nak isi borang pendaftaran Kadet Bomba sekolah cgu.

Kalau ada 30 anak murid, xde hal. Kalau ada 300, jenuh nak suruh diorang isi dan jenuh la pulak nak tunggu dapat balik borang tu.

Sekarang ni PT kasi satu jalan simple, mudah. Bukak PC/LAPTOP, suruh budak² isi beberapa data, lepastu cikgu boleh print borang² ni dengan mudah:

WARNING: Cikgu kalau tak ada asas nak faham MAIL MERGE, gi bukak buku dulu study. Cari dekat google dan youtube camana nak buat mail merge, understanding mail merge dan sebagainya.

Konsep mail merge ni mudah. 1 word document + 1 excel document. Print surat beratus-ratus tanpa perlu taip banyak².

Ok, warning dah abis. Borang yang kita boleh print dengan mail merge ni ada banyak. Nanti PT confirm dengan en. Wan yang mana satu wajib print:

Ni borang dia:
(1) BORANG KEBENARAN IBU BAPA
(2) BORANG PERAKUAN KESIHATAN
(3) Lampiran 3_Borang Pendaftaran Tahunan KBPM
(4) Lampiran 5_Borang Maklumat Peribadi KBPM
(5) Lampiran 6_Borang Pelepasan Tanggungjawab JBPM
(6) Lampiran D_Borang Permohonan Penubuhan KBPM

Borang ada 6. Tapi data yang cgu perlu godek² ada dalam satu fail aje iaitu fail nama dia:
DATA UNTUK MAILMERGE

Jom mula.
Download sini:
Https://goo.gl/dP6QZe

Unzip dekat desktop

Ada fail nama BacaSaya. Baca lah. Dalam tu tulis camni:

1) Cikgu dah download, unzip ke desktop.
2) JANGAN TUKAR APA-APA NAMA FAIL. Nanti rosak.
3) Cikgu buka DATA UNTUK MAILMERGE.xls - isi laa data tersebut
4) Cikgu klik semua borang² tu dia keluar msg ni:
Opening this document will run the following SQL command:
SELECT *FROM `DATA$`
Data from your database will be placed in the document. Do you want to continue?
[Show Help >>]
Yes No

Klik Yes.

Kalau x reti,
(1) tanya guru ICT
(2) tanya PT. TQ.

Cikgu nak print kena pilih menu:
MAILINGS kat atas Microsoft Word cikgu tu
Lepastu belah kanan sekali,
Finish And Merge
Print Documents
From budak nombor 1 To budak terakhir dalam Kadet Bomba Sekolah Cgu
Kalau tak buat camni, habis laa membazir kertas sampai berapa keping pun xpasti.
Kalau dah tersalah, off printer, off komputer. Setel. TQ.

Dah abis baca fail BacaSaya tu kan?

Ni PT kasi contoh benda² yang cgu boleh nampak laa waktu membuat projek ni:


Perhatikan kat Bawah-Kiri.. Situ ada dua DATA dan Sekolah. Edit semua. Save.


Kalau cgu dah ready, bukak fail nama BORANG KEBENARAN IBU BAPA. Cgu nampak menatang kat atas ni.. Klik Yes. Kalau cgu ada tukar plak nama fail ke nama folder ke.. Buat balik semula step daripada unzip tadi.

(unzip kali ke-2) unzip laa tempat lain. Karang fail DATA UNTUK MAILMERGE.xls tu dah siap taip semua, kena replace, nangis cari tisu sendiri.


Ni contoh fail Borang Kebenaran. Cgu nampak anak panah? Klik aaa..


Preview dan tengok dokumen seterusnya, guna dua butang ni... contoh asal kalau preview ye:


Bulatan oren tu laa data yang amik dari DATA UNTUK MAILMERGE.xls tuhhhh

JOM PRINT


Cgu kira aa berapa budak ada, print camni.. jgn print all yea... dah tu je lah PT nak cerita.

Sapa nak, amik, sapa nak belajar, amik dan tanya cgu ICT, sapa xnak, rezo lah borang bebanyak, kasi budak dan tungguuuuuuu...

Ingat ye cgu. Tarikh tutup pendaftaran adalah 15 February 2018.

Sama² kita mendaftar.

UNTUK PERHATIAN PT DAERAH, TIMBALAN PT DAERAH CHERAS, PUDU/BANGSAR A, PUDU/BANGSAR B, SENTOL, KERAMAT. Kasi link https://bombakl.blogspot.com untuk cgu² bawah jagaan anda cuba/try/test cara mailmerge untuk mendaftar. Kalau xreti, suruh diorang register guna borang yang en. Fadzil dah beri haritu.

Borang hilang?

Kejap, PT kasi gambar kat bawah ni... haishhh...

Nama surat:
PEMBAHARUANPENDAFTARAN PERTUBUHAN PASUKAN KADET  KADET BOMBA SEKOLAH  WPKL 2018








NI BORANG NAK KENA ISI YANG DISERTAKAN DALAM SURAT DARIPADA JPWPKL BERTARIKH 16 JANUARI 2018

NI BORANG KE DUA

NI BORANG KE 3

NI BORANG NGELAS.. TERAKHIR... KE-4

Cerita dia, semua borang ni dalam bentuk pdf. Boleh aje cgu nak rezo, fotostat banyak²..

Tapi PT dah bikin satu set borang yang bila print, memang cun.. well, memang laa nak kena print.... toner dah mudah dah sekarang.. toner panitia ada, toner pk koko ada, toner pcg ada... toner suwa ada... toner kat asrama ada... toner sendiri laa last sekali.

Cgu², moga kita dapat usahakan pendaftaran ni dengan segera ya.

PT Daerah, Timbalan PT Daerah... kalau ada masalah, boleh bertanya dengan PT atau Timbalan PT Negeri kita ya... Go KLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!

Nah belanja gambar group whatsapp logo.


No comments:

Post a Comment